Pencemaran udara boleh didefinasikan sebagai terdapatnya gas, cecair atau zarah yang terkandung di udara sehingga berlakunya perubahan dan menjejaskan kehidupan atau bahan-bahan lain. Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negatif kepada manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Ini sebabkan bahan-bahan ini akan masuk ke tubuh manusia melalui pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran oksigen ke dalam salur-salur darah. Ini boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti penyakit kekejangangan, barah, asma, kekejangan dan anemia.
Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain yang boleh menghalang penglihatan mata merupakan pelbagai bentuk pencemaran udara.
Klasifikasi Pencemaran Udara
Pencemaran udara dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu:
- Pencemaran Udara Primer Penghasilan sulfur monoksida dan karbon monoksida akibat daripada proses pembakaran yang tidak lengkap adalah punca pencemaran udara primer. Proses ini menyebabkan zarah-zarah yang halus terampai-ampai di udara dan memberi kesan sampingan kepada kesihatan kita.
Kebanyakan pencemaran udara primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan industri dan penggunaan dapur arang atau kayu. - Pencemaran Udara Sekunder Pencemaran udara sekunder pula adalah tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dan membentuk dengan gas-gas yang tidak diperlukan oleh benda hidup.
Sulfur dioksida memerlukan gas seperti karbon monoksida dan sufur monoksida (pencemar primer) untuk membentuk gas-gas lain. Sebagai contoh, gabungan sulfur dioksida, sulfur monoksida dan wap air akan menghasilkan asid sulfurik. Tindakbalas antara pencemar primer dengan gas-gas terampai di atmosfera akan menghasilkan peroksid asetil nitrat (PAN).
Antara jenis-jenis bahan pencemar adalah seperti berikut :
- Sulfur dioksida
- Karbon monoksida
- Nitrogen dioksida dan ozon
- Alergen
- Plumbum dan logam-logam lain
Pencemaran udara boleh berpunca daripada :
- Pelepasan asap kenderaan
- Proses industri - penghasilan bahan pencemaran oleh kilang-kilang asbestos/ simen/ bateri kereata
- Pembakaran di tempat pelupusan - pembakaran terbuka di bandar
- Pembakaran hutan
- Pelepasan habuk - pembakaran sisa kayu/ sekam padi
- Bahan-bahan sisa bandaran - sampah-sarap , sisa-sisa makanan
- Aktiviti Masyarakat - membakar sampah, memasak menggunakan arang/ kayu, merokok
Kesan-kesan pencemaran udara :
- Kesihatan terjejas
- Pertanian yang tidak produktif
- Kemalangan mudah berlaku - akibat penglihatan yang kabur
- Mengotorkan persekitaran - habuk